Khamis, 28 Februari 2013

Assalamualaikum,

                              Hari ini adalah genap setahun umur putera sulongku yang bernama Muhammad Danish Hafiz. Dia lahir pada 28.02.2012 selepas menunggu ayahnya menunaikan solat suboh di Hospital Pakar Az Zahrah, Bangi, Selangor. Syukur kepada Allah dengan kebesaran dan kuasanya lahilah bayi ini dan amanah ini perlu dijaga mengikut syariat yang telah ditetapkan olehnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

" Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah(suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau majusi" 


Dalam suasana persekitaran yang cukup mencabar dengan berbagai pengaruh hiburan dan materialistik yang menjurus kearah tingkah laku negatif tanggungjawab sebagai ibubapa pada hari hari ini cukup berat dalam mendidik anak-anak. Walaubagaimanapun, nabi kita telah mengingatkan umatnya melalui hadis di atas bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak mereka dan seterusnya kita berserah kepada ketentuan yang maha esa.

Dalam apa jua keadaan nikmat syukur kepada allah s.w.t perlu ada pada setiap orang yang beriman. Lebih-lebih lagi apabila dikurniakan rezeki anak yang  amat bernilai. Matinya anak Adam itu meninggalkan 3 perkara iaitu anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanafaat. Moga lahirnya Muhammad Danish dapat menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan kedua ibubapanya apabila mereka tiada kelak.

Nabi kita juga menggalakkan supaya umatnya ramai dan lahirnya insan yang bernama Muhammad Danish menambahkan lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Kasihnya Nabi Muhammad terhadap umatnya sehingga dia masih mengingati ummatnya pada saat akhir kewafatan baginda. Moga kita semua selaku umatnya beroleh syafaat daripada baginda di kemudian hari kelak.Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan